Ciri-ciri Burung Lang Siput

Burung Lang Siput ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Lang Siput adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Lang Siput tidak bergigi.burung lang siput juga di kenal sebagai burung lang terbesar di asia selatan,bahagian badan burung lang ini terdapat warna kelabu,bahagian belakang dan juga kepak terdapat warna hitam....kuku dan juga tapak kaki berwarna kuning kelabu.jantan 70-80 cm dan bentina 80-90 cm .anak burung helang berwarna coklat dan berubah semasa dewasa.

Burung Lang SIput pertama kalu digambarkan oleh ahli semulajadi Jerman Johann Friedrich Gmelin pada tahun 1788, sungguhpun John Latham membuat catatan pada spesies ini pada tahun 1781, dari spesimen yang didapati pada Februari 1780 di Kepulauan Princes Island di luar persisiran paling barat tanjung Jawa semasa pelayaran terakhir Kapten Cook.[5] Nama khususnya hasilan dari bahasa Yunani leuko- 'putih',[6] dan gaster 'perut'.[7] Saudara terdekatnya adalah Sanford's Sea Eagle yang kurang dikenali di Kepulauan Solomon. Ini membentuk superspesies, dan sebagaimana biasa pada superspesies Lang Laut lain, satu (Lang Siput) memiliki kepala putih, berbeza dengan kepala hitam spesies yang lain. Paruh dan mata adalah hitam dan cakar bewarna kuning gelap sebagaimana kesemua lang laut Hemisfera Selatan. Kedua-dua spesies ini memiliki sekurang-kurangnya sedikir warna gelap pada ekor mereka, sungguhpun mungkin tidak selalu jelas kelihatan pada burung Lang Siput. Jujukan nukleotide pada gen kytochrome b bagi dua lang laut adalah antara yang di analisa pada kajian 1996. Sungguhpun ia jauh berbeza pada kelihatan dan ekologi, capahan genetik mereka pada 0.3% menunjukkan leluhur kedua bentuk mungkin berpecah selewat 150,000 tahun dahulu. Pengarang kajian memutuskan bahawa sungguhpun capahan genetik adalah lebih selari dengan subspesies, perbezaan pada rupa dan tingkah-laku memerlukan kedua dikekalkan sebagai spesies berlainan.[8] Jujukan Mitochondrial bagi lokus kytochrome b berbeza agak sedikit berbanding Sanford's Sea Eagle mencadangkan perpecahan agak baru selepas Lang Siput-New Guinea mengkoloni Kepulauan Solomon.[9][10]

Rujukan

WikiPedia: Burung Lang Siput http://www.amonline.net.au/factsheets/white_bellie... http://images.google.com/images?svnum=10&hl=en&lr=... http://health.kompas.com/read/2011/02/09/03020122/... http://www.youtube.com/watch?v=s6wBfZtlVtg http://abcdef.uni-hd.de/institute/fak14/ipmb/phazb... http://elibrary.unm.edu/sora/Auk/v067n01/p0066-p00... http://books.google.com.my/books?id=g63vuaasxrgC&p... http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%202/Act%2076.pdf http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lang http://www.parlimen.gov.my/files/billindex/pdf/201...